Tuesday, 25 November 2014

UMRAH BERSAMA RABBANI 23 DISEMBER 2014

Marilah kita bersama dalam menunaikan ibadah umrah . Tidak kira dengan siapa kita pergi. Yang penting dalam hidup ini ialah NIAT..Semua orang ingin menunaikan ibadah Umrah dan Haji. Namun tidak semua orang dapat pergi. Kami di WASATIYAH TRAVEL & TOURS SDN BHD dengan ini berharap agar semua kaum muslimin dan muslimat dapat menunaikan ibadat Haji dan Umrah seperti yang terdapat dalam rukun islam. Jika terdapat sebarang pertanyaan dan persoalan boleh lah menghubungi kami di talian kami sedia membantu anda !!!!!!!!!!! Kami juga menyediakan pakej pelancongan dalam dan luar negeri . Tidak kisahlah dimana anda ingin pergi kami boleh membantu anda dalam merancang perjalanan percutian anda.. Jangan risau dan percayalah pada kami !!!! In shaa allah dengan izinnya kita semua akan dirahmati. aminn..


tel :05 807 7769 faks : 05 808 7770 email : wasatiyahtravel@gmail.com

Thursday, 6 November 2014

Bagaimana wanita ingin menunaikan umrah jika kedatangan haid ?

Kedatangan haid menghalang wanita mengerjakan puasa, bersolat, masuk ke masjid atau bertawaf. Walaupun haid tidak menghalang wanita berzikir, bertasbih, berdoa dan memantapkan ilmu dengan mentelaah buku-buku agama, tetapi tentulah terasa rugi datang jauh-jauh ke tanah suci dengan mengeluarkan wang yang banyak, tapi hanya duduk sahaja di bilik hotel. Ini lebih terasa jika datang mengerjakan umrah yang singkat masanya berbanding datang untuk mengerjakan haji. Tetapi, ada satu cara yang boleh dilakukan oleh jemaah wanita yang masih mahu mengerjakan umrah tetapi bimbang haidnya datang ketika kerja-kerja umrahnya belum selesai. Caranya ialah dengan berniat ihram umrah secara bersyarat: Lafaznya seperti berikut: “Aku berniat mengerjakan umrah dan berihram dengannya. Sekiranya aku terhalang oleh sesuatu halangan syarak yang tidak berupaya meneruskannya, maka aku bertahalullah ketika itu kerana Allah Ta`ala.” Dengan niat ihram bersyarat ini, jika seseorang itu tidak dapat meneruskan pekerjaan umrahnya dengan sebab tertahan oleh halangan yang ditentukan dalam niatnya, maka dia bolehlah bertahalul dengan menggunting rambut dan tidak perlu membayar dam (menyembelih seekor kambing). Dia dianggap bebas daripada ihram (dan pantang larang ihram) tetapi dia wajib mengqadha umrahnya kemudian. Sebenarnya, para penceramah dalam kursus haji dan umrah jarang mahu memberitahu mengenai niat ihram bersyarat ini kerana bimbang ia disalah gunakan oleh jemaah. Ditegaskan di sini, niat ihram bersyarat HANYA terpakai bagi mereka yang mengalami halangan seperti kedatangan haid dan nifas dan juga bagi mereka yang benar-benar uzur (sakit teruk) hingga tak dapat meneruskan pekerjaan umrahnya SAHAJA. JANGAN jadikan niat ihram bersyarat sebagai jalan mudah untuk melepaskan diri daripada ihram kerana peluang menggunakan niat ini HANYALAH JIKA BERADA DALAM KEADAAN DARURAT DAN TERPAKSA SEMATA-MATA. Berlaku jujurlah kepada diri sendiri kerana Allah Maha Mengetahui apa yang ada dalam hati kita.

Monday, 3 November 2014

UMRAH DAN BERAMAL BERSAMA RABBANI


Assalamualaikum w.b.t

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog Wasatiyah Travel ini, ingin kami sampaikan ilmu dan makluman kepada anda sekelian bahawa Syarikat Wasatiyah Travel merupakan sebuah syarikat pelancongan yang berpusat di Taiping, Perak. Justeru itu, pihak Wasatiyah Travel ingin mengajak anda menunaikan umrah bersama kami dan kumpulan Rabbani pada 23 disember 2014 - 3 januari 2015.

Maklumat lanjut :

Wasatiyah Travel And Tours Sdn Bhd.

Tel : 05 - 807 7769
Fax : 05 - 808 7770
Eamail : wasatiyahtravel@gmail.com