Tuesday, 10 February 2015

MENGERJAKAN UMRAH PART 2

Keesokkan harinya, kmai perlu berkumpyul untuk berniat umrah yang ke 3. Kita akan bergerak ke muzium mekah jika berkesempatan. Didalam muzium tersebut terdapat barang-barang yang terdapat di masjidil haram. Jika berpeluang kita akan dapat al quran percuma. Setelah itu, kita akn bergerak ke ladang unta untuk minum susu unta dan melihat unta. Setelah selesai kit aakan bergerak ke udaibiyah untuk bermiqat dan mengerjakan umrah yang ke 3. Jemaah perlu menukar pakain dan solat sunat ihram dan menaiki bas serta diberi tarbiah sepanjang perjalanan. Tiba di hotel dan berkumpul untuk mengerjakan umrah seperti umrah pertama dan kedua.

Tawaf wida dibuat pada pukul 10 pagi sebelum bergerak ke madinah. Ia bertujuan untuk mengucapkan selamat tinggal kepada kota mekah. Tawaf wida dilakukan seperti Kita akan mebaca doa melihat kaabah. Selepas itu kita akan memulaikan tawaf kita yang pertama dan berniat di lampu hijau sebagai petanda tawaf berserta beristilam hajar aswad dan mulakan tawaf yang pertama. kita perlulah melakukan tawaf sebayak 7 kali berserta istilam.....

Setelah selesai tawaf kita akan membuat solat sunat tawaf dibelakang makam nabi ibrahim serta berdoa di multazam. kita akan bergerak ke tempat untuk mengerjakan sa'ie jika mahu minum air zam zam disepanjang laluan terdapat tong air zam zam yang disediakan untuk diminum. kita akan bergerak ke bukit safa untuk memulakan sa'ie dan berada di bukit safa dengan berniat sa'ie. sa'ie dimulakan dari bukit safa ke bukit marwah disepanjang laluan itu terdapat lampu hijau bertujuan untuk berlari-lari anak sepanjang lampu hijau berulang alik sebanyak 7 kali dan mestilah berakhir di bukit marwah.

Setelah bas tiba barang-barang perlu di masukkan ke dalam bas utuk dibawa ke madinah. Kita akan bergerak ke madinah selama 6 jam untuk sampai. Tiba di madianh kita akan daftar masuk dan jika hendak ke masjid boleh ke masjid. Ziarah dalam pula pada malam bagi mengenali masjid nabawi, makan rasullah dan para sahabat, raudah dan perkuburan baq’il.
Jemaah akan menziarahi kota madianah untuk melawat masjid quba, masjib yang pertama dibina oleh rasullulah yang dibina. Kita akan bergerak ke jabal uhud dan penerangan akan diberikan tentang sejarah-sejarah jabal uhud. Jabal uhud merupak tempat para syuhada setelah itu kita akan bergerak untuk melihat masjid qiblatain, masid yang mempunyai 2 kiblat . masjid jumaat yang merupak tempat solat jumaat yang pertama. Seterusnya ke masjid tujuh dan diakhiri dengan ladang kurma bagi para Jemaah yang hendak membeli kurma disitu.

Hari seterusnya jika berkesempatan Jemaah berpeluang pergi ke kilang al quran dan bukit magnet. Keesokakn harinya aktiviti bebas diberikan.  Kami akan melakukan ziarah wida sebelum ke lapangan terbang. Kami terus bergerak ke lapangan terbang untuk pulang ke Malaysia.

No comments:

Post a Comment