Tuesday, 30 December 2014

MELANCONG KE HATYAI 2015

Terletak di Wilayah Songkhla,  cukup terkenal dalam kalangan masyarakat Malaysia terutama bagi yang tinggal di utara tanah air dengan menjadikan pekan itu destinasi pilihan pelancongan utama pada cuti umum atau cuti persekolahan. Nama Hatyai dipercayai berasal daripada nama sebatang pokok di bandar Hatyai lama, tetapi disingkatkan dengan panggilan Hatyai. Antara kawasan tumpuan membeli-belah ialah di sekitar jalan Niphat Uthit 2, Niphat Uthit 3, Jalan Sanehanuson dan Pasar Palaza.
Selain itu, terdapat gedung membeli-belah iaitu Lee Garden Plaza, Odeon Shopping Mall, Pasar Kimyong, Pasar Suntisuk, Pasar Yongdee, Pasar Phaeng Thong yang menjual pelbagai jenis barangan menarik dengan harga berpatutan. Bandar ini juga terkenal dengan gelaran, “Little Paris of The Southern of Thailand”.

Disini pelancong lebih gemar berjalan kaki kerana mudah membeli-belah walaupun terdapat teksi yang terkenal dengan panggilan ‘Tuk Tuk’. Bagi mereka yang suka bershopping....
ini lah syurga bagi membeli belah kerana harga yang ditawarkan sangat murah berbanding di Malaysia. Anda juga boleh menggunakan kebolehan dan kemahiran menawar harga anda menurunkan lagi harga barangan itu.
Setelah penat berjalan membeli belah anda perlu mencuba menggunakan khidmat kedai urut yang banyak terdapat di sekitar bandar ini. Thailand juga tidak asing lagi dengan Pulut durian dan mangga kerana disinilah peluang anda untuk menikmati keenakan makanan itu, memang berbeza.





* Pulut Mangga *


* Floating Market *






No comments:

Post a Comment