Friday, 13 February 2015

PAKEJ UMRAH 2015


Syarikat wasatiyah menawarkan 2 pakej lagi untuk mereka yang hendak mengerjakan umrah. harga bagi pakej bulan ramadhan meninggkat berbanding yang biasa kerana pada waktu itu hotel dinaikkan kerana terdapat ramai orang yang hendak pergi menunaikan umrah pada musin ramadhan.


ini pula adalah pakej umrah bersama Nubhan AF dan Siti Nordiana. bagi mereka yang hendak pergi pada tarikh ini kami akan membawa anda bersama artis tajaan kami. bagi 30 yang terawal mendaftar akan mendapat 1gram emas percuma hanya untuk yang tereawal sahaja.. mungkin bagi anda emas sebanyak 1 gram sikit tetapi nilai emas itu sendiri sudah meningkat pada waktu sekarang.


untuk sebarang tempahan atau pertanyaan anda boleh menghubungi kami syarikat Wasatiyah Travel & Tours Sdn. Bhd di talian :
05 - 807 7769 -Pejabat
010 - 900 7769 - Ustaz A'fifi
012 - 572 2506 - Cik Faseha


Tuesday, 10 February 2015

MENGERJAKAN UMRAH PART 2

Keesokkan harinya, kmai perlu berkumpyul untuk berniat umrah yang ke 3. Kita akan bergerak ke muzium mekah jika berkesempatan. Didalam muzium tersebut terdapat barang-barang yang terdapat di masjidil haram. Jika berpeluang kita akan dapat al quran percuma. Setelah itu, kita akn bergerak ke ladang unta untuk minum susu unta dan melihat unta. Setelah selesai kit aakan bergerak ke udaibiyah untuk bermiqat dan mengerjakan umrah yang ke 3. Jemaah perlu menukar pakain dan solat sunat ihram dan menaiki bas serta diberi tarbiah sepanjang perjalanan. Tiba di hotel dan berkumpul untuk mengerjakan umrah seperti umrah pertama dan kedua.

Tawaf wida dibuat pada pukul 10 pagi sebelum bergerak ke madinah. Ia bertujuan untuk mengucapkan selamat tinggal kepada kota mekah. Tawaf wida dilakukan seperti Kita akan mebaca doa melihat kaabah. Selepas itu kita akan memulaikan tawaf kita yang pertama dan berniat di lampu hijau sebagai petanda tawaf berserta beristilam hajar aswad dan mulakan tawaf yang pertama. kita perlulah melakukan tawaf sebayak 7 kali berserta istilam.....

MENGERJAKAN UMRAH PART 1

Alhamdulillah sekali lagi kita dapat satu lagi peluang untuk mencerita pengalaman saya bersam jemaah pergi untuk menunaikan umrah.
kami berkumpul di KLIA 5 jam sebelum penerbangan bagi memudahkan urusan pengurusan pasport, penerbangan dan cek in bagasi. Urusan bagasi dibantu oleh pengiring atau muttawif setelah selesai semuanya jemaah bergerak pintu masuk lapangan untuk pergi ruang menunggu. sebelum itu, jemaah diingatkan untuk menyediakan kain ihram didalam beg sandang untuk tujuan niat miqat dalam kapal terbang. bagi memudahkan para jemaah kain ihram boleh dipakai di lapangan terbang ataupun di dalam kapal terbang. Masa menunggu sebelum berlepas mestilah sekurang-kurangnya 2 jam awal bagi mengelakkan masalah yang tidak diingini. 
setelah tiba waktu untuk berlepas pegawai pihak penerbangan akan sedia untuk memeriksa tiket dan tempat duduk para jemaah. Selesai sudah pemeriksaan tiket dan pembahagian tempat duduk pramugari akan memberi taklimat awal tentang keselamatan didalam kapal terbang. kami mengambil masa lebih kurang 8 jam untuk sampai ke sana. Jam Arab Saudi berbeza sebanyak 5 jam berbanding Malaysia. kami diberi makan sebanyak 2 kali didalam kapal terbang. Apabila hendak sampai di qarnu manazin juruterbang akan membuat pengumuman tentang berniat di miqat dan muttawif akan mengingatkan sekali lagi kepada para jemaah tentang niat miqat. Seterusnya.......

Tuesday, 20 January 2015

MELANCONG KE LANGKAWI

Assalamualaikum... hai awak dan awak dan awak... :)


Dataran Lang


today is the day..kita story sikit about cerita ke langkawi 3 minggu lepas..rasanya masih belum basi kot cerita ni.. ialah nak sharing keseronokan bila berada di sana. Langkawi adalah sebuah pulau yang terletak di Kedah dan kita boleh naik ferri dari Kuala Kedah atau pun Kuala Perlis. So.. Kami pilih nak naik ferri dekat Kuala Perlis sebabnya dapat mengurangkan kos dan jimat masa ke sana.

Selepas kami naik ferri ke sana.. eh jap lupa nak bagitahu kami dah tempah tiket ferri awal2 lagi melalui agen kami disana. sampai ja sana kami pun ke tempat kereta yang banyak2 tu.. kami telah menyewa van dan penyewaan juga telah dilakukan sebelum kami ke sana. Setelah menaiki van kami ke Hotel dimana tempat kami menginap iaitu di Pekan Kuah, Langkawi. Nama Hotel tu Eagle Bay perkhidmatan dan layanan juga okey..
Eagle Bay Hotel


Pada petang tu Kami keluar pergi ke Pantai Cenang untuk berjalan-jalan serta menikmati pemandangan yang indah di pantai itu..

Friday, 16 January 2015

CUTI-CUTI TAIPING, PERAK 2015 PART II

Salam jumaat semua... hari ini kita story sikit pergi melawat Muzium Taiping pula. eh Muzium Perak la tapi orang senang sebut Muzium Taiping sebabnya Muzium ni dekat Taiping..Cerita nya bermula start pergi bukit larut then teruslah pergi ke Muzium Perak nie.. Ingat semua penduduk Taiping dah pergi ke Muzium Taiping ni hanya 80% ja yang dah pergi Muzium ni..Yang lain ada sebab yang menyebabkan tidak pergi lagi.

Setibanya di Muzium ni macam biasa lah kan kena beli tiket masuk dulu tak mahal 
  • Dewasa : RM 2.00
  • Percuma : Kanak-kanak bawah 12 tahun dan juga yang beruniform sekolah
  • Warga Emas / OKU : RM 1.00
  • Warga Asing : RM 5.00 
 Muzium di bandar Taiping ini memiliki senibina kolonial klasik dan cantik sangat bangunanya warna putih yang menonjolkan lagi heritage nya bandar Taiping ni. Kalau datang kesini jangan terkejut

Wednesday, 14 January 2015

CUTI-CUTI TAIPING, PERAK 2015



Taiping sangat familiar dengan Perak kerana Taiping adalah salah satu bandar didalam peta Taiping. Taiping juga dikatakan Heritage Town iaitu bandar bersejarah..eh ada lagi orang kalau dengar Taiping mesti kata Taiping tu adalah Raintown sebab apa? sebab hujan memang selalu turun dekat bumi Taiping ni. Bukit Larut adalah kawasan yang paling lembap di Malaysia.

Banyak sangat tempat menarik kat Taiping nie kita tak tahu dan kita mesti pergi melawat. Taiping ada 31 Tempat yang yang wajib dilawati. Kalau kita tanya orang Taiping tempat apa yang seronok di sana sesetengah akan jawab setengah lagi akan kata NTAH tak tahu.. ya sbb tu lah kami nak perkenalkan Taiping dimata orang ramai.

cerita hari ini kami nak bawak hampa semua ke Bukit Larut atau pun Maxwell. yeay! tapi tempat lain mcm mna??

FIRST GALLERIA TAIPING

…Sejarah Kita…

Alhamdulillah, semalam saya berpeluang mengunjungi First Galleria yang terletak di Jalan Stesen, Taiping. Bangunan ini dibina pada tahun 1891 untuk Pejabat Ukur Trigonometri Perak.  



Sebelum ini orang-orang Taiping lebih mengenali banguanan ini sebagai Pejabat Perbandaran Taiping Lama sebelum berpindah ke bangunan baru.  Pernah juga menjadi kedai perabot sebelum ini. 

Kat sini sebenarnya ada satu meja yang sangat unik. Dari segi logik memang nampak seperti meja biasa, rupanya ada kisah sejarah disebalik meja tu. Apa yang sejarahnya?? Pada tahun 1 julai 1895, Sultan Perak menandatangani Perjanjian Persekutuan untuk jadikan Perak sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Tahukah anda, pada waktu itu Taiping menjadi Ibu Negeri Perak??

Tuesday, 13 January 2015

JOM MELAWAT TAIPING 2015


Kopi 'O' atau Black Kopi boleh dianggap sebagai salah satu minuman kegemaran di Malaysia. Benar???
Walaupun bahan-bahan utama ialah biji kopi, tetapi campuran yang tidak sama seperti orang-orang jenis dibancuh berjenama yang dijual di cafe mewah dan kedai kopitiam moden. Tambahan pula, warna gelap hitam tidak membuat ia berbeza jika dibandingkan dengan yang dijual di Starbucks atau Coffee Beans.
Tahukah anda di Taiping terdapat satu-satunya Kilang Kopi yang memproses melalui cara tradisional? Kilang Kopi AunTong‬.
Kopi Aun Tong ditubuhkan pada tahun 1933 oleh Encik Tiah-an dan seorang lelaki Melayu bernama Ahmad. Mereka telah mewujudkan kopi 'o' resipi asal dengan menggunakan biji kopi tempatan dari Banting, Selangor. Ia dicampurkan dengan sedikit gula dan beberapa bahan-bahan yang lebih rahsia. Oleh itu, menjadikannya sempurna 'O' campuran Kopi. Kini, kilang kopi Aun Tong masih beroperasi di Assam Kumbang, Taiping Perak.
Jika anda ingin tahu sejarah kita lagi??? Jom Terokai Taiping bersama‪ WasatiyahTravel‬
‪#‎Percutian_2015‬
Hubungi 010 900 7769 (A’fifi)
010 200 7769 (Amin)
05 – 807 7769 (Office)
Layari : www.wasatiyahtravel.com

Monday, 12 January 2015

KUALA SEPETANG ATAU PORT WELD 2015

…Cerita Semalam…

-Part 3-


Sebaik saja Bot DarulMulkan Cruise tiba di Pulau Lanun, kami diberi peluang oleh Tuan Abdul Kadis dan PakAbu untuk melihat sekitar pulau tersebut. Alhamdulillah, takda lanun pun..haha.. Sebenarnya, pulau ni dikenali sebagai Pulau Kelumpang  pada 1987 dan kawasan ini diisytiharkan kawasan bersejarah kerana terdapat artifak 1000 tahun.  Artifak ini hasil ekskavasi Jabatan Muzium dan Arkib Negara, pelbagai artifak purba ditemui. Antaranya tengkorak manusia, rangka manusia, kubur, periuk belanga, hampir 3000 manik hiasan dan sebagainya. 

Semua bahan ini dipamerkan di Muzium Arkeologi Lenggong. Kesan-kesan arkeologi Melayu Proto telah dijumpai di Kompartmen 11 seluas 10.3 hektar di Pulau Kelumpang dan mempunyai 5 buah pulau kecil seluas lebih kurang antara 1 hektar hingga 3 hektar. Tapak ini sungguh istimewa kerana merupakan satu-satunya tapak arkeologi Hutan Paya Laut yang wujud di Asia Tenggara. Hah, sebab tu pada zaman dahulu dipercayai ada lanun yang  duduk di pulau ini. Sejak tu pulau ini popular dengan nama Pualau Lanun.

Thursday, 8 January 2015

BERCUTI DI SINGAPURA

....Sebab punya la ramai orang beratur nak beli tiket masuk. hehe Sampai ja disitu jangan lengah2kan untuk pergi membeli tiket ya... dekat Universal Studio Singapura ni banyak benda yang menarik didala dan di luar studio. anda akan nampak banyak patung2 animasi yang sangat menarik. ni antara animasi yang sempat ambil gambar.


MADAGASCAR



ELMO 


ha! pulak mainan yang extreme yang patut anda cuba.. memang mencabar..

Tuesday, 6 January 2015

BERCUTI DI SINGAPURA

Singapura adalah sebuah negara pulau yang terletak di tepi hujung selatan semenanjung Malaysia. Nama Singapura berasal daripada bahasa Sanskrit, iaitu siṃhāpura (सिंहपुर, "Kota Singa"). 


Pengembaraan kami bermula dari Taiping, perak ke Johor Bahru. Pada Hari pertama kami berkumpul di Taiping dengan menaiki Bas ke Johor Bahru. Setelah tiba di Johor Bahru pada tengahari kami terus pergi membeli belah di Johor Premium Outlet iaitu pusat membeli belah yang terbaru di wilayah Iskandar daerah Kulaijaya. Setelah pergi membeli belah kami ke Teluk Danga autau Danga Bay dan dibawa makan malam di Dataran Bandaraya Johor Bahru. Pada hari pertama kami hanya berjalan di sekitar Johor sebelum pada hari keesokkannya untuk ke Singapura.

Ha!! pada hari kedua pula kami meneruskan perjalanan ke SINGAPURA..... pada pagi itu kami bersarapan di hotel dan bertolak ke Pulau Sentosa Singapura dengan menaiki bas. Perjalanan kami dihiasi dengan celoteh dan ketawa rakan-rakan yang lain. Setiba nya kami di Pualu Sentosa kami diberi masa untuk aktiviti bebas lalu kami pergi berjalan melhihat merlion iaitu simbol negara Singapura. Setelah puas kami berjalan di pulau sentosa kami terus ke Universal Studio Singapura.

Tempat ini lah yang dinanti-nantikan semua pengunjung. Tempatnya yang menarik lagi mengambarkan keindahan kota Singapura ini. Setibanya kami di kaunter masuk Universal Studio Singapura kami amat terkejut dengan suasana kerana........

hehe jumpalah di part 2 yee...





KUALA SEPETANG ATAU PORT WELD 2015

…Cerita Semalam…

-Part 2-
 
Kuala Sepetang, Perak
Wasatiyah Travel
Kami terjumpa dengan monyet..hahaha, kat sini ada 2 jenis spesis monyet iaitu long tail monkey dan silver monkey. Selain monyet, kami juga dapat melihat bangau. Terdapat 3 jenis spesis bangau ni. Spesis pertama, paruh hitam kaki hitam. Spesis kedua, paruh kuning kaki hitam. Spesis ketiga, spesis yang kecil kaki hitam paruh hitam.


Aktiviti semakin best cuaca pulak baik, kami pun menyusuri ke Hutan Simpanan Dara atau nama spesifik VJR. Hutan Simpanan Dara merupakan sebuah kawasan yang dikekalkan dalam aspek komposisi hutan semulajadi. Kawasan ini ditubuhkan pada tahun 1940-an dijadikan tempat kajian dan penyelidikan serta tidak pernah dijalankan apa-apa aktiviti perhutanan. Keistimewaan Hutan Simpanan Dara ini ialah pokok-pokoknya berusia melebihi 50 tahun.

Selepas kajian dibuat, pada usia 30 tahun adalah bersesuaian untuk tebang pokok-pokok bakau kerana pokok-pokok ini akan mati begitu sahaja. Jadi, pokok-pokok bakau menjadi sumber ekonomi Negara kerana tujuan utama pokok-pokok bakau ini adalah untuk dijadikan arang dan di’eksport’ ke seluruh Negara. Malaysia juga pembekal utama arang ke Negara-negara lain. Kuala Sepetang merupakan satu-satunya tempat di dunia yang mengeluarkan arang yang terbaik dan diberi gelaran sebagai “The Best Manage Paya Bakau In The World”. Yang peliknya...

Monday, 5 January 2015

KUALA SEPETANG ATAU PORT WELD 2015

…Cerita Semalam…
-Part 1-
Kuala Sepetang Perak
Wasatiyah Travel

Alhamdulillah syukur, hari minggu kami dipenuhi ilmu yang sebelum ini tertanya-tanya dan kini sudah menemui jawapannya sebab bos kami‪#‎Ustaz_A‬’fifi ‪#‎WasatiyahTravel‬ mempelawa untuk mengelilingi dan mengupas ‪#‎Ada_Apa_Dengan_Kuala_Sepetang‬?
Kuala Sepetang terletak 15km dari Bandar Taiping, selain terkenal dengan Mee Udang yang lazat, Kuala Sepetang juga terkenal dengan aktiviti-aktiviti pelancong yang sangat menarik. Ini yang membuat persoalan di minda. Kat mana aktiviti menarik tu??