Pengembaraan kami bermula dari Taiping, perak ke Johor Bahru. Pada Hari pertama kami berkumpul di Taiping dengan menaiki Bas ke Johor Bahru. Setelah tiba di Johor Bahru pada tengahari kami terus pergi membeli belah di Johor Premium Outlet iaitu pusat membeli belah yang terbaru di wilayah Iskandar daerah Kulaijaya. Setelah pergi membeli belah kami ke Teluk Danga autau Danga Bay dan dibawa makan malam di Dataran Bandaraya Johor Bahru. Pada hari pertama kami hanya berjalan di sekitar Johor sebelum pada hari keesokkannya untuk ke Singapura.
Ha!! pada hari kedua pula kami meneruskan perjalanan ke SINGAPURA..... pada pagi itu kami bersarapan di hotel dan bertolak ke Pulau Sentosa Singapura dengan menaiki bas. Perjalanan kami dihiasi dengan celoteh dan ketawa rakan-rakan yang lain. Setiba nya kami di Pualu Sentosa kami diberi masa untuk aktiviti bebas lalu kami pergi berjalan melhihat merlion iaitu simbol negara Singapura. Setelah puas kami berjalan di pulau sentosa kami terus ke Universal Studio Singapura.
Tempat ini lah yang dinanti-nantikan semua pengunjung. Tempatnya yang menarik lagi mengambarkan keindahan kota Singapura ini. Setibanya kami di kaunter masuk Universal Studio Singapura kami amat terkejut dengan suasana kerana........
hehe jumpalah di part 2 yee...
No comments:
Post a Comment