Dataran Lang |
today is the day..kita story sikit about cerita ke langkawi 3 minggu lepas..rasanya masih belum basi kot cerita ni.. ialah nak sharing keseronokan bila berada di sana. Langkawi adalah sebuah pulau yang terletak di Kedah dan kita boleh naik ferri dari Kuala Kedah atau pun Kuala Perlis. So.. Kami pilih nak naik ferri dekat Kuala Perlis sebabnya dapat mengurangkan kos dan jimat masa ke sana.
Selepas kami naik ferri ke sana.. eh jap lupa nak bagitahu kami dah tempah tiket ferri awal2 lagi melalui agen kami disana. sampai ja sana kami pun ke tempat kereta yang banyak2 tu.. kami telah menyewa van dan penyewaan juga telah dilakukan sebelum kami ke sana. Setelah menaiki van kami ke Hotel dimana tempat kami menginap iaitu di Pekan Kuah, Langkawi. Nama Hotel tu Eagle Bay perkhidmatan dan layanan juga okey..
Eagle Bay Hotel |
Pada petang tu Kami keluar pergi ke Pantai Cenang untuk berjalan-jalan serta menikmati pemandangan yang indah di pantai itu..
seriously, teringin sangat untuk naik parasailing tapi sayang duit tak cukup la nanti nak shopping lagi :D .. So selepas itu kami balik Hotel mandi-mandi dan keluar untuk makan di pekan Kuah.
seriously, teringin sangat untuk naik parasailing tapi sayang duit tak cukup la nanti nak shopping lagi :D .. So selepas itu kami balik Hotel mandi-mandi dan keluar untuk makan di pekan Kuah.
Pantai Cenang |
Pada keesokkan harinya kami ke Langkawi Cable Car.. Gunung Mat Cincang ini tinggi sangat gayat bila berada di tengah2 Gunung untuk sampai ke atas. Diatas sana terdapat Jambatan Gantung tapi sayang..masa kami pergi jambatan ni tak siap lagi tengah pembaikan. di atas sana terdapat kafe untuk membeli minuman atau makanan dan sambil tu boleh menikmati Pulau Langkawi dari atas Gunung Mat Cincang ini.
Cable Car |
Jambatan gantung |
Kalau nak diceritakan keseronokkan disini banyak sangat.. Tempat shopping paling best kat sana ialah Haji Islamail Goup.. orang ke sana banyak borong coklat dan banyak lagi benda yang ada disana. Ha! Orang perempuan punya tempat yang paling best shopping kat sana apa lagi kalau bukan Idaman Suri.. perghh! pinggan mangkuk kat sana punya lah banyak larat dengan tak larat ja nak bawak balik. harga disana juga berpatutan Tempat ini Bebas cukai so jgn risau kena cukai disini.
Kadang-kadang orang yang dekat dengan lagkawi ni datang sini semata untuk shopping hanya perlu sewa kenderaan untuk merada di sana dan tak perlukan hotel untuk menginap. kata orang balik hari la datang pagi balik petang last ferrikan pukul 6. Kalau datang sini jangan lepaskan peluang macam sekarang.
** Disini kami syarikat Wasatiyah Travel and Tours menyediakan trip atau Pakej ke Langkawi dengan harga yang rendah lagi berpatutan anda tidak perlu menempah tiket ferri atau tempah hotel kerana kami akan menyedikan segalanya..anda hanya perlu mmbawa duit, pakaian dan benda penting sahaja.
poster ke Langkawi |
Untuk maklumat lanjut anda boleh menghubungi di talian:
05 - 808 7769 (Pejabat)
010 - 900 6679 (Ustaz A'fifi)
010 - 220 7769 (En Amin)
No comments:
Post a Comment