…Cerita
Semalam…
-Part
3-
Sebaik saja Bot DarulMulkan Cruise tiba di Pulau Lanun, kami diberi peluang oleh Tuan Abdul Kadis dan PakAbu untuk melihat sekitar pulau tersebut.
Alhamdulillah, takda lanun pun..haha.. Sebenarnya, pulau ni dikenali sebagai Pulau
Kelumpang pada 1987 dan kawasan ini
diisytiharkan kawasan bersejarah kerana terdapat artifak 1000 tahun. Artifak ini hasil ekskavasi Jabatan Muzium dan
Arkib Negara, pelbagai artifak purba ditemui. Antaranya tengkorak manusia, rangka manusia, kubur, periuk belanga, hampir 3000 manik hiasan dan
sebagainya.
Semua bahan ini dipamerkan di Muzium Arkeologi Lenggong. Kesan-kesan
arkeologi Melayu Proto telah dijumpai di Kompartmen 11 seluas 10.3 hektar di Pulau Kelumpang dan mempunyai 5 buah pulau kecil
seluas lebih kurang antara 1 hektar hingga 3 hektar. Tapak ini sungguh istimewa
kerana merupakan satu-satunya tapak arkeologi Hutan Paya Laut yang wujud di Asia Tenggara. Hah, sebab
tu pada zaman dahulu dipercayai ada lanun yang
duduk di pulau ini. Sejak tu pulau ini popular dengan nama Pualau Lanun.
Selepas melihat sekitar kawasan pulau, kami meneruskan
perjalanan untuk melihat burung helang merah. Disitu kami berpeluang untuk memberi
makanan kepada brurung helang dengan membaling isi perut ayam. Hampir 80 ekor
helang datang menyambar makanan tersebut. Ini adalah pengalaman pertama kami
dapat melihat helang dengan lebih dekat
dan berpeluang untuk memberi makanan kepada helang…sempat lagi kalau nak
berselfie, haha.. Yang uniknya pasal helang ni bila diberi makanan, burung
helang akan memakan makanan tersebut dengan cara menuruni sebelah kiri sayap kemudian naik
pada sebelah kanan sayap. Burung helang sangat berdisiplin dan bersistematik untuk
menyambar makanan.
Dah puas tengok
helang, kami meneruskan aktiviti terakhir Kelong Ikan Pekampungan Nelayan. Disini ada macam-macam jenis ikan, antaranya siakap
merah, kerapu, ikan merah, udang galah, ketam dan banyak lagi la..siap ada
angry birds lagi..haha. Kami sempat membeli beberap ekor ikan disini, harga
sangat-sangat murah berbanding harga ikan di pasar mahupun tesco.
Jadi memang sangat
berbaloi dengan harga RM35, anda dapat ronda-ronda santai atas bot siap dengan
pemandu pelancong lagi tuuuu.. Bukan saja ronda, malahan dapat tahu lagi
tentang sejarah yang ada kat Kuala Sepetang ni. Secara keseluruhan, kami bagi 5
Bintang kat Team DarulMulkan Cruise. Kepada anda semua, datang ke sini dan
alami sendiri pengalaman yang sangat seronok ni.
Kalau nak pergi, tapi tak tahu???
#Kami sedia bantu anda
#Percutian_2015
#WasatiyahTravel
Hubungi 010 900 7769 (A’fifi)
010 200 7769 (Amin)
05 – 807 7769 (Office)
Layari : www.wasatiyahtravel.com
No comments:
Post a Comment