Monday, 5 January 2015

KUALA SEPETANG ATAU PORT WELD 2015

…Cerita Semalam…
-Part 1-
Kuala Sepetang Perak
Wasatiyah Travel

Alhamdulillah syukur, hari minggu kami dipenuhi ilmu yang sebelum ini tertanya-tanya dan kini sudah menemui jawapannya sebab bos kami‪#‎Ustaz_A‬’fifi ‪#‎WasatiyahTravel‬ mempelawa untuk mengelilingi dan mengupas ‪#‎Ada_Apa_Dengan_Kuala_Sepetang‬?
Kuala Sepetang terletak 15km dari Bandar Taiping, selain terkenal dengan Mee Udang yang lazat, Kuala Sepetang juga terkenal dengan aktiviti-aktiviti pelancong yang sangat menarik. Ini yang membuat persoalan di minda. Kat mana aktiviti menarik tu??
Hah.. Sebaik je sampai di Kuala Sepetang, kami dibawa berjumpa dengan Tuan Abdul Kadis dan Pak Abu, mereka ni pemilik Darulmulkan_Cruise_River_Side. Mereka yang akan membawa kami mengelilingi kawasan Kuala Sepetang dengan menaiki bot dan harga bagi seorang hanya RM35.
Sebaik je ejin bot start, kami memulakan perjalanan dengan bacaan al-Fatihah dan doa menaiki bot. Alhamdulillah, mudah-mudahan perjalanan kami selamat dan yang penting tak lupa kepada Maha Pencipta. Permulaan perjalanan kami dari jeti awam, info yang diberikan oleh Pak Abu memang best dengan suara yang lantang dan serak-serak basah pulak tu haha..Ok, jeti awam berhampiran dengan hotel dan merupakan pelabuhan port weld sejak 1855.

Asalnya nama Kuala Sepetang tetapi kehadiran Inggeris telah menukar ke Port Weld sempena nama Govenor Federick Weld. Kini, setelah kepulangan Inggeris namanya bertukar kembali ke Kuala Sepetang. Ianya merupakan pelabuhan yang sibuk ketika penemuan biji timah. Jalan keretapi pertama di Malaysia di antara Taiping ke Port Weld memudahkan kerja memindahkan biji timah dari lombong di Taiping ke pelabuhan.

Kuala Sepetang juga dikenali sebagai industri perikanan yang menyediakan pelbagai pekerjaan kepada para nelayan. Di Kuala Sepetang, pelancong akan dapat melihat dengan lebih dekat lagi kerja para nelayan di pelantar. Aktiviti mengred ikan, udang, ketam dan kerja-kerja membersihkan kerang. Selain itu, para pelancong dapat melihat ikan kering disusun kemas di bawah terik mentari dan sekali-sekali motosikal roda tiga yang menggunakan tayar kereta mengangkut hasil nelayan ke lori yang siap menunggu.

Selepas itu, kami melalui River Cruise atau dikenali sebagai Kampung Seberang. Penduduknya 200 orang dan 100% cina! Wahh.. manyak syok ooo.. Yang uniknya rumah mereka, sebab pintu depan sama dengan pintu belakang…pintu belakang sama dengan pintu depan..aduhh, dah pening dibuatnya. Pekerjaan mereka semua nelayan dan uniknya lagi depan setiap rumah ada parking bot. Mereka akan keluar rumah seawal 2 pagi untuk mencari rezeki dan pulang pada jam 2 petang.



Bot semakin laju, air memercik dengan kuat sehingga masuk ke dalam bot. Kesian Pak Abu kena naikkan volume suara hahaha, takpa la sebab kami dapat melihat Kilang Kerang. Kata Pak Abu, industri peternakan kerang merupakan industri yang menjana pendapatan lumayan dan paling progresif nelayan di Kuala Sepetang. Kilang tersebut menggunakan mesin bagi pembahagian kerang mengikut saiz dan mengupas kulit kerang. Kerang di Kuala Sepetang adalah kerang yang terbaik di Dunia sehingga kerang tersebut di’eksport’ ke Singapura dengan harga hampir RM15 sekilo. Wahhh, memang betul-betul lumayan!

Kami meneruskan perjalanan untuk melihat Hutan Simpan Dara. Sedang asyik melihat kawasan sekeliling, tiba-tiba kami terjumpa dengan….
BERSAMBUNG
‪#‎Percutian2015‬
#WasatiyahTravel
Hotline : 010 220 7769 ( amin )
010 900 7769 ( afifi )
05 807 7769 ( ofis )
Layari : www.wasatiyahtravel.com

No comments:

Post a Comment