Tuesday, 6 January 2015

KUALA SEPETANG ATAU PORT WELD 2015

…Cerita Semalam…

-Part 2-
 
Kuala Sepetang, Perak
Wasatiyah Travel
Kami terjumpa dengan monyet..hahaha, kat sini ada 2 jenis spesis monyet iaitu long tail monkey dan silver monkey. Selain monyet, kami juga dapat melihat bangau. Terdapat 3 jenis spesis bangau ni. Spesis pertama, paruh hitam kaki hitam. Spesis kedua, paruh kuning kaki hitam. Spesis ketiga, spesis yang kecil kaki hitam paruh hitam.


Aktiviti semakin best cuaca pulak baik, kami pun menyusuri ke Hutan Simpanan Dara atau nama spesifik VJR. Hutan Simpanan Dara merupakan sebuah kawasan yang dikekalkan dalam aspek komposisi hutan semulajadi. Kawasan ini ditubuhkan pada tahun 1940-an dijadikan tempat kajian dan penyelidikan serta tidak pernah dijalankan apa-apa aktiviti perhutanan. Keistimewaan Hutan Simpanan Dara ini ialah pokok-pokoknya berusia melebihi 50 tahun.

Selepas kajian dibuat, pada usia 30 tahun adalah bersesuaian untuk tebang pokok-pokok bakau kerana pokok-pokok ini akan mati begitu sahaja. Jadi, pokok-pokok bakau menjadi sumber ekonomi Negara kerana tujuan utama pokok-pokok bakau ini adalah untuk dijadikan arang dan di’eksport’ ke seluruh Negara. Malaysia juga pembekal utama arang ke Negara-negara lain. Kuala Sepetang merupakan satu-satunya tempat di dunia yang mengeluarkan arang yang terbaik dan diberi gelaran sebagai “The Best Manage Paya Bakau In The World”. Yang peliknya...


negara-negara lain memerlukan arang untuk dijadikan sebagai produk kecantikan dan juga kesihatan tapi Malaysia hanya menggunakan arang untuk buat bbq, bakar ikan dan sebagainya.

Selain itu, keunikan pada pokok bakau ni sebagai zon penampan hakisan. Contohnya, pokok bakau dapat membelah atau memecah angin yang kencang. Akarnya pula sangat cantik mengembang sehingga 150 jerigi sedalam 2 meter yang dapat memecahkan ombak yang bergelora. Selain itu, pokok bakau juga adalah tempat kehidupan laut untuk membiak. Contohnya, ikan, udang, ketam dan sebagainya membiak dicelah-celah akar pokok bakau. Sebab itu tak boleh pancing, pukat, racun dan sebagainya hanya perlu tunggu kehidupan laut ini besar baru boleh tangkap dan menjadi sumber ekonomi bagi penduduk setempat.



Fuhhh.. Panjangnya cerita Pak Abu, tu la pokok bakau. Kita kenal sebagai pokok je, tapi banyak gilerrrr fungsi dan menjadi sumber pendapatan Negara tu. Perjalanan diteruskan untuk melawat Pulau Sangga.. Peliknya bunyi, ada ke orang tinggal kat Pulau ni Pak Abu?

Tiba je kat Pulau Sangga, Pak Abu pun cerita la.. Pulau Sangga ni jarak pelayaran dari Kuala Sepetang mengambil masa lebih kurang 30 minit. Pulau ni didiami oleh penduduk yang terdiri daripada bangsa Cina yang tidak tahu berbahasa Melayu. Penduduk disini juga mempunyai sekitar 50 keluarga. Dalam pulau ni terdapat Sebuah sekolah iaitu Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina PDay Chee. 

Murid seramai 29 orang sementera Guru Bahasa Melayu seorang berbangsa Cina. Sekolah mereka diletakkan dalam ketogeri pedalaman namun semangat guru-guru tidak luntur untuk mendidik anak bangsanya. Menurut Pak Abu, ramai anak-anak murid di sini tidak meneruskan pelajaran keperingkat lebih tinggi kerana mereka lebih selesa mencari rezeki menjadi nelayan. Selain itu, di sini juga terdapat sebuah klinik kesihatan tetapi klinik ini akan beroperasi hanya seminggu sekali untuk merawat penduduk Pulau Sangga.

Bot Darul Mulkan terus membawa kami menuju ke Pulau Lanun..hah?? Lanunn… ada lanun ke kat Pulau ni..???

BERSAMBUNG---->



No comments:

Post a Comment