…Sejarah Kita…
Alhamdulillah, semalam saya berpeluang mengunjungi First Galleria
yang terletak di Jalan Stesen, Taiping. Bangunan ini dibina pada tahun 1891
untuk Pejabat Ukur Trigonometri Perak.
Sebelum ini orang-orang Taiping
lebih mengenali banguanan ini sebagai Pejabat Perbandaran Taiping Lama sebelum
berpindah ke bangunan baru. Pernah juga menjadi kedai perabot sebelum
ini.
Kat
sini sebenarnya ada satu meja yang sangat unik. Dari segi logik memang nampak
seperti meja biasa, rupanya ada kisah sejarah disebalik meja tu. Apa yang
sejarahnya?? Pada tahun 1 julai 1895,
Sultan Perak menandatangani Perjanjian Persekutuan untuk jadikan Perak sebagai
Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Tahukah anda, pada waktu itu Taiping menjadi
Ibu Negeri Perak??
Negeri-negeri
Melayu Bersekutu ialah sebuah sistem persekutuan untuk empat negeri Semenanjung Tanah Melayu iaitu Pahang Perak, Selangor, dan Negeri Sembilan. Sistem ini dilaksanakan oleh pihak British pada tahun 1985 dan ia bertahan sehingga tahun 1946 je. Dan
bendera keempat-empat negeri tersebut digabungkan menjadi Negeri-negeri Melayu
Bersekutu. Bendera tersebut masih kekal cantik di dalam First Galeria.
Tahukah anda terdapat Bilik Kebal di First Galeria?
Bilik kebal ini digunakan untuk menyimpan segala jenis harta karun serta dokumen penting pada masa lampau. Sekarang ni, bilik ni takda simpan apa-apa pun, almari dalam bilik ni masih kukuh walaupun dah berusia beratus tahun. Pintu masuk bilik ni dikatakan diperbuat dari logam yang dibawa khas dari London. Memang gempak!
Jika anda ingin mengetahui sejarah kita lagi??? Jom Terokai Taiping bersama Wasatiyah Travel
kami pasti akan membantu anda
Hubungi 010 900 7769 (A’fifi)
010 200 7769 (Amin)
05 – 807 7769 (Office)
Layari : www.wasatiyahtravel.com
No comments:
Post a Comment