Dataran Lang |
today is the day..kita story sikit about cerita ke langkawi 3 minggu lepas..rasanya masih belum basi kot cerita ni.. ialah nak sharing keseronokan bila berada di sana. Langkawi adalah sebuah pulau yang terletak di Kedah dan kita boleh naik ferri dari Kuala Kedah atau pun Kuala Perlis. So.. Kami pilih nak naik ferri dekat Kuala Perlis sebabnya dapat mengurangkan kos dan jimat masa ke sana.
Selepas kami naik ferri ke sana.. eh jap lupa nak bagitahu kami dah tempah tiket ferri awal2 lagi melalui agen kami disana. sampai ja sana kami pun ke tempat kereta yang banyak2 tu.. kami telah menyewa van dan penyewaan juga telah dilakukan sebelum kami ke sana. Setelah menaiki van kami ke Hotel dimana tempat kami menginap iaitu di Pekan Kuah, Langkawi. Nama Hotel tu Eagle Bay perkhidmatan dan layanan juga okey..
Eagle Bay Hotel |
Pada petang tu Kami keluar pergi ke Pantai Cenang untuk berjalan-jalan serta menikmati pemandangan yang indah di pantai itu..